September 14, 2009

Al-fatihah..

Ayahnda mertua ku Mohamed bin Ali telah meninggalkan kami pada Rabu 1 pagi, 2 September bersamaan dengan 12 Ramadhan. Alhamdullilah permergian beliau sgt mudah.. beliau meninggal akibat sakit lelah yg teruk.
Tiada lagik.. org yg akan baca surah Yassin setiap pagi di rumah, tiada org yg akan mengejutkan anak2 bangun mengerjakan solat Subuh.. tiada lagik kedengaran daun pintu diselak setiap pagi sebelum Subuh.. dan tiada lagik.. kedengaran org yg bangun malam.. mengambil wuduk.. bersolat malam diruang tamu...

Ya Allah, Semoga rohnya ditempatkan bersama para syuhada.. dan semoga rohnya ditempatkan dlm golongan yang beriman dan beramal soleh.. amen!

Al- fatehah buat Ayahnda Mohamed bin Ali.. Imam 1 Pancing Timur, Kuantan. Pahang.

September 1, 2009

Happy Besday Anak Merdeka!

Dah setahun anak merdeka ni hihii.. disbbkan jatuh pd bulan posa + dgn wabak yg tgh hangat menular.. kami sepakat menangguhkan besday celebration tuk si kecik ni.. Namun, kami tetap bershukur.. Aqylaa semakin besar, sihat.. rambut smakin pjg, dah bole berdiri dan bjln setapak dua, ggi dah 6 batang ehhehe.. dah pandai makan nasik, dah pandai mkn mcm2 yg tak pedas, dah pandai marah2.. jerit2 bila kakak2 n abg kacau.. dah pandai panggil "Abah".. tapi x pandai sebut "UMIEE" lagik huhuhu.. penattt umi dia ajoor.. Anak merdeka ni lahir pada 31 August 2008 jam 3:54 ptg.. di hospital pakar An Nur Bangi. Dilahirkan seberat 3.45kg. Alhamdullilah kami sekeluarga tetap bersykur dgn kehadiran baby baru kami.

Slamat Hari jadik jugak pada Afyqaa yg ke 8 thun, k.ngah iqaa dilahirkan pd 1 Sept 2001 di hopital Az zahrah bangi, seberat 3kg. K.ngah iqaa, anak yg baik, senang nak mintak tlg dgn dia.. jenis yg ringan tulang, tapi yg umie eran tu.. dr kecik sampai skrg dia jenis yg tergedik2.. telompat2.. menari sana sini.. jenis yg x penat.. dia suke menyanyi.. ckppp aje lagu aper semuaaa dia tahu.. alhamdullilah skrg k.ngh mengaji Al quran dah masuk juz 5.. Semoga k.ngah jadik anak yang soleh di dunia dan di akhirat.. Umie dan abah sayang anak2 semuaa.. dan selama2nyaa..

Abah ader bgtau umie.. kali ni kite celebrate ala kadar je.. nant dah tak der wabak h1n1.. kite p holiday n celebrate besday k.ngah iqaa n adek Qyla.. Sabar yea syang!